Segelintir keluar parti tidak jejas sokongan 70,000 anggota PKR di Perak, kata Farhash
Segelintir keluar parti tidak jejas sokongan 70,000 anggota PKR di Perak, kata Farhash
Tindakan sekumpulan kecil ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak keluar parti, tidak akan menjejaskan kekuatan parti itu.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Perak,Farhash Wafa Salvador Bin Rizal Mubarak berkata, keahlian parti di negeri itu kini mencecah 70,000 anggota tidak langsung memberi impak kepada kekuatan parti di peringkat akar umbi kerana bilangan mereka yang keluar parti amatlah sedikit bilangannya.
“Pada minggu ini sahaja pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Perak menerima pertambahan sebanyak 700 anggota baru yang memilih KEADILAN sebagai wadah perjuangan mereka.
“Berikutan tindakan ahli parti yang telah membuat keputusan untuk meninggalkan perjuangan reformasi kita, saya harap mereka sedar pengkhianatan mereka adalah kepada rakyat Malaysia.
“Saya lebih cenderung melihat perkara ini sebagai gerakan pembersihan parti dari golongan munafik yang sanggup menggadai diri.
“Mari kita berdiri teguh dan rapatkan saf demi perjuangan reformasi yang belum selesai. Lihatlah ini sebagai peluang untuk bergerak dengan lebih kuat kerana kini tidak wujud lagi kabilah ‘kartel’,” ujarnya dalam kenyataan pada Isnin.
18,252 Comments